Virus ialah
agen berjangkit halus yang
membiak di dalam
sel perumah hidup. Apabila berjangkit, sel perumah dipaksa menghasilkan dengan pesat beribu-ribu salinan serupa virus yang asal. Tidak seperti kebanyakan benda hidup, virus tiada sel yang membelah; virus baru berhimpun dalam sel perumah yang terjangkit. Namun tidak seperti agen berjangkit yang lebih ringkas seperti
prion, virus mengandungi
gen, yang membenarkannya bermutasi dan berevolusi. Lebih 4,800 spesies virus telah
ditemui.
[1]Asal usul virus tidak jelas: beberapa mungkin telah
berevolusi daripada kepingan
plasmid DNA yang boleh bergerak di antara sel—manakala yang lain mungkin telah berevolusi daripada
bakteria. Suatu virus terdiri daripada dua atau tiga bahagian:
gen, diperbuat daripada sama ada
DNA atau
RNA,
molekul panjang yang membawa maklumat genetik; salut
protein yang melindungi gen; dan dalam beberapa virus,
sampul lemak yang mengelilingi salut protein (yang membuatkannya rentan dengan sabun) dan digunakan, bergabung dengan reseptor khusus, memasuki sel perumah baru. Virus berbeza-beza bentuknya daripada
heliks ringkas dan
ikosahedron hingga struktur yang lebih
kompleks. Virus berbeza-beza saiznya daripada 20 hingga 300
nanometer; ia akan mengambil 33,000 hingga 500,000 virus, saling bertepian, untuk terbentang hingga 1 sentimeter (0.4 in).Virus merebak dalam banyak cara. Hanya sebanyak sangat khusus dengan spesies perumah atau tisu yang diserang, setiap
spesies virus bergantung pada kaedah tertentu untuk pembiakan. Virus tumbuhan kerap tersebar dari tumbuhan ke tumbuhan melalui serangga dan
organisma lain, dikenali sebagai
vektor. Beberapa virus manusia dan haiwan lain tersebar melalui pendedahan kepada bendalir badan. Virus seperti
influenza tersebar melalui udara oleh titisan lembapan apabila orang batuk atau bersin. Virus seperti
norovirus ditularkan melalui
laluan tinja oral, yang melibatkan pencemaran tangan, makanan dan air.
Rotavirus selalu tersebear melalui sentuhan langsung dengan kanak-kanak terjangkit. Virus kurang daya tahan manusia,
HIV, ditularkan melalui bendalir badan dipindahkan semasa persetubuhan. Lain-lain, seperti
virus denggi, tersebar melalui serangga menghisap darah.Virus, terutamanya yang ada RNA, boleh bermutasi dengan pesat dan menimbulkan jenis baru menentang perumahnya mempunyai sedikit perlindungan. Virus influenza, contohnya, kerap berubah, sebab itulah vaksin baru diperlukan setiap tahun. Perubahan besar boleh menyebabkan
pandemik seperti pada tahun 2009 apabila influenza babi tersebar ke kebanyakan negara. Selalunya mutasi ini berlaku apabila virus telah menjangkiti haiwan lain sepeerti kelawar bagi kes
koronavirus, dan khinzir dan burung bagi influenza, sebelum tersebar kepada manusia. Jangkitan virus boleh menyebabkan penyakit dalam manusia, haiwan dan tumbuhan. Dalam manusia dan haiwan, virus biasanya disingkirkan oleh
sistem imun, memberikan
keimunan seumur hidup kepada perumah bagi virus itu.
Antibiotik mempunyai tiada kesan, tetapi
ubat antivirus boleh merawat jangkitan yang meragut nyawa.
Vaksin yang menghasilkan keimunan seumur hidup boleh mencegah beberapa jangkitan.
Templat:Glosari virus